Salam semua,...berjumpa lagi dalam blog tak seberapa nie...alhamdulillah...setelah pelbagai isu mengenai hari malaysia dan hari kemerdekaan..akhirnya hari Malaysia dah di wartakan sebagai cuti umum Malaysia...
Fakta mengenai Hari Malaysia:
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak(source:Wikipedia)
Saya tertarik untuk menulis perkara ini kerana saya tertarik dengan poll terbaru perdana menteri kita mengenai hari malaysia yang perlu disambut secara pertandingan, persembahan pentas, perarakan atau lain - lain...dengan lantasnya saya mengundi perarakan.....
Link:www.1malaysia.com.my
Hari Malaysia adalah cuti umum baru buat Malaysia dan sambutan besar- besaran perlu dibuat sepertimana sambutan hari kemerdekaan..ini kerana tanpa kemasukan Sabah Sarawak ke dalam Malaysia tidak mungkin wujud Malaysia yang harmoni sekarang.....
Selama ini Sabah Sarawak meraikan hari kemerdekaan dengan meriah apa salahnya hari Malaysia diraikan dengan lebih meriah...
(p/s: isu hari malaysia jugakla sebagai bahan tarikan pembangkang kat sabah...)

No comments:
Post a Comment